Bahan-bahan utama:
1. CD Windows 7
2. Hardware Driver
3. Komputer ataupun laptop
Langkah-langkah:
1. Sebelum memulakan formating untuk PC anda, saya
mengesyorkan anda untuk memeriksa hardware terutamanya cd drive anda berfungsi
dengan baik. Pastikan anda backup semua file penting! Ok, untuk laptop,
pastikan anda memasang bateri dan plug in power supply supaya tidak terjadi
apa-apa masalah ketika format.
·
On kan PC anda, masukan CD dengan pantas!
·
Pasti akan terpampang BIOS menu kan?
Maksudnya terpampang dengan besarnya jenama PC anda di skrin. Menu ni sekejap
je, cepat-cepat pilih CHANGE BOOT ORDER pada screen. Untuk Acer biasanya F12.
·
Pilih DVD atau CD drive sebagai boot utama
anda. Cd dalam cd driver akan berpusing dengan pantasnya.
·
Jangan Buat apa2 lepas tu sehinggalah
keluarnya Notis ini : PRESS ANY KEY TO BOOT FROM CD/DVD DRIVE.... ha, tekan la pape
pun yang nak ditekan (biasanya Enter)
2. Sekarang, loading sedang dijalankan. Pastikan anda
tidak melakukan apa-apa sehingga diberitahu. Pastikan juga tiada terputus
bekalan elektrik anda.
*Akan keluar pilihan bahasa, tekan je bahasa pilihan anda, dan Next.
3. Selepas itu , akan terpampar besar notis
INSTALL NOW kat screen anda. Tekan je kat situ. Selepas itu:
·
Akan keluar notis LICENCE AND AGGREMENT.
Tekan I Agree je.
·
Akan keluar 2 pilihan, UPGRADE dan CUSTOM
(ADVANCE). Pilih CUSTOM.
·
Akan keluar lepas tu paparan ini :
·
Ha, ni memang sensitif sikit. Jangan
sampai tersalah. Biasanya akan ada 2 partition dalam PC anda. Drive C dan D.
·
Anda kena pilih Partition yang tertulis
SYSTEM sahaja.
·
Selepas itu, tekan DRIVE OPTION, klik
FORMAT yang ada di bahagian bawah.
·
Habis je Format, pilih Drive yang dah
diformat tu dan Tekan NEXT.
4. Ok, dia akan
teruskan proses dengan sendirinya. Pastikan anda terus berada depan PC anda.
Proses akan ambil masa dalam 20 minit mengikut kelajuan komputer anda.
5. Habis je
proses, dia akan restart dengan sendirinya akan on sendiri. Jangan lakukan
apa-apa. Jangan keluarkan CD!
6. Akan keluar
sekali lagi PRESS ANY KEY TO BOOT FROM CD/DVD. Take note, JANGAN IKUT APA
YANG DIA SURUH. Biarkan sahaja, jangan tekan apa-apa!
7. Setelah itu,
akan keluar starting logo windows yang biasa.
8. Windows akan
cuba habiskan Installing sekali lagi. Jangan lakukan apa-apa.
Biarkan.............
9. Selepas
semuanya habis, akan ada arahan seperti berikut :
·
Setup is preparing for the first use.
·
Insert the username.
·
Type Password (kalau nak la)
·
Insert CD Key (Windows 7 Product Key)
·
Time Zoning
·
Network Selection (Lan Dan Wlan)
·
Windows is Finalizing your setting.
10.Korang ikut semua yang
disuruh. Ikut Citarasa sendiri (kecuali CD KEY).
11. Akan Keluar
starting Screen. ok done! anda telah berjaya format sebiji pc/laptop. Tapi jangan lupe install drivernya ye kalu tidak window anda tidak ada fungsi untuk bermain contohnya driver motherboard,graphic card,sound,pci dll ..
#Terima Kasih Kerana Singgah Di Blog saya ..
No comments:
Post a Comment